Thursday, October 9, 2014

Hai! Panggil saya CANENA

Assalamualaikum wr. wbt.

Selamat datang! Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman ini. Sebenarnya, laman ini dibina bertujuan untuk berkongsi petua-petua, tips-tips serta produk-produk kesihatan dan kecantikan yang terpilih, yang terbukti berkesan dan diamalkan oleh Canena sendiri. Laman ini sesuai untuk sesiapa saja tetapi lebih khususnya untuk para gadis dan wanita yang ingin kekal sihat dan cantik. Diharap laman ini dapat memberi sesuatu kepada anda. 

Sebelum tu, jom kita sembang2 santai dengan Canena. Siapa atau apakah Canena ni? Chewah! Sendiri tanya sendiri jawab la nampaknya. Takpelah. Canena ni nama orang atau lebih tepat nama panggilan saya. Nama sebenar Canena ialah Diana. Tapi panggil je Canena. Amboi! Pulakkk...Kisahnya, masa kecik2 dulu takde sape pun dikalangan adik-beradik atau sepupu-sepapat panggil Canena dengan pangilan Diana. Habis diorang panggil apa? Haa diorang panggil Nena, atau kalau yg lebih muda tu panggil Kak Nena. Taktaulah sebab apa. Mungkin susah kot budak2 nak sebut Diana. So, jadilah Kak Nena. Mulanya memang Canena tak berapa suka dengan panggilan ni. Maklumlah nama sama dengan mendiang Puteri Diana atau Lady Diana, wife Putera Charles tu (ntah korang kenal ke tak) tup tup orang panggil Nena. Sedih tau... Haish! Apa nak buat. Lama kelamaan dah lali dengan panggilan tu. Redha ajela.

Apabila timbul semangat nak buat laman ni, jenuh jugaklah tonyoh kepala perah otak nak cari nama yang sempoi. Fikir punya fikir akhirnya terfikir why not guna je nama 'Kak Nena' kan? Hmmm tapi bila sebut dua tiga kali macam tak berapa ummph la pulak bunyinya. Nak la jugak bunyi gempak ala-ala mat saleh gitu kan baru best (biasa la orang Melayu tak sedar diri macam ni la). Sebab nak sangat ala-ala omputih ni, jadilah CANENA. Haaa jadi Canena ni asal perkataan 'Kak Nena' la. Bukan apa, teringat dulu masa kecik budak2 yang 'telo' atau 'pelat' ni memang sebutan 'Kak' tu tak berapa nak bunyi tapi macam terus sambung je jadi "Kanena! Kanena!..." Haaa gitu kisahnya. So, apsal tak eja je camtu? Laaa kan dah cakap tadi. Itu eja Melayu. Canena nak ala-ala omputih la sangat, sebab tu ejaan dimulai dengan huruf 'C'. Ehehhe...apa-apalah asal bahagia kan? Sambung cerita pasal panggilan Canena ni, lepas Canena kawin dan dapat anak, anak Canena panggil Canena 'ummi'. Anak-anak buah pun panggil Canena 'ummi'. Tapi bila tanya nama Canena kat anak-anak buah ni, diorang jawab 'Ummi Nena'. Haaa...nampak tak? Takde sape ajar pun, memang sah telah ditakdirkan itulah panggilan paling ideal untuk Canena. Ahakks!

Haish! Panjang la pulak berceloteh pasal asal-usul nama Canena. Mesti korang bosan kan? Jom cerita pasal benda lain pulak. Untuk pengetahuan korang (eleh kalau tak info pun korang dah tau sangat), Canena ni bukanlah remaja remaji lagi dah tapi remaja kertu. Cuma jiwa aje yang sentiasa muda. Penampilan pun kalau boleh nak buat bagi nampak jugak tempias-tempias remaja tu. Hmm kesian kan? Takpelah...kata orang, kita adalah apa yang kita fikirkan. So, dalam usaha nak mengekalkan keremajaan ni, banyaklah petua, tips dan produk yang Canena dah guna dan berkesan untuk diri Canena. Kata orang, kalau kita tau tentang sesuatu yang bermanfaat dan boleh menyelesaikan masalah orang lain, sangat baik kita kongsikan bersama. Jadi, terimalah laman dianaCANENA ni untuk korang telusuri. Harapan Canena agar anda mendapat sesuatu dari laman ini. Mudah-mudahan entri ini mendekatkan Canena dengan anda semua

Salam sayang,

CANENA

No comments:

Post a Comment